selamat siang . .
" mat bunga cinta terhalang ? kahkahkah "
apa kau cakap , aku menyebuk ? tak mengenang budi punya mat bunga . nak tengok aku betol-betol menyebukkan diri ? we'll wait and see okay .
see yeah !
p/s : si penyebuk
Saturday
cehhhh !
nukilan mewakilkan reza timberlake at 7:45 PM 0 orang menjerit
Friday
persoalan dan tanda tanya
selamat siang . .
sedar tak sedar , belog ni sudah menjadi anak jagaan aku hampir 2 bulan , tapi tak pasti . aku tak main catit-catit tarikh kat diary . membazir rasanya .
kenapa ya aku menjadi ibu dan bapa angkat kapada objek mati ini ? ibu dan bapa kandungnya sungguh tidak bertanggungjawab . aku membantu dengan alasan untuk membantu . aku bukan prihatin , anak seperti ini tidak perlu diberi perhatian sekiranya tidak mahu memberi lagi . aku membantu sekadar memenuhi hobi mengetuk-ngetuk papan kekunci di hadapan mata sahaja . aku tiada alasan lain . aku hanya seronok menekan-nekan papan kekunci ini dengan ayat-ayat santai yang mungkin menjadi bacaan orang-orang , walaupun tidak ramai . ada yang membaca , terasa sedikit berhati senang . tidak senang untutk menjadi penulis . bukan senang untuk menjual buku kecuali buku teks , buku antologi serta novel Kementerian Pelajaran .
menjadikan hobi sebagai sumber pencarian wang bukan diri aku . aku mudah bosan dan aku mahu segala yang aku lakukan mendatangkn hasil yang lumayan , aku tidak sabar . menaip di sini dan di anak saya , ada hati aku bekerja , tiada hati aku tutup dan campakkan saja . tidak mendatangkan kerugian mahupun keuntungan . tidak memberatkan kepala mahupun bahu yang memikul . ini tempat aku bercerita , berkata-kata tanpa memikirkan hati orang yang dicerita . menyampah ? kisah pulak aku . readers aku tidak seberapa tetapi aku tetap menaip . yang aku suka ialah menaip bukan mengharap para readers menyukai taipan aku . cuma , sejuta penghargaan dan terima kasih dianugerahkan kepada yang sudi menelaah blog nukilan aku .
konklusi , aku manaip di sini hanya atas alasan mencari suka-suka .
okay bye .
nukilan mewakilkan reza timberlake at 4:50 AM 0 orang menjerit
Monday
reza as a model sambilan
selamat siang . .
esok aku cuti , so , aku update la belog cerita macam haram ni sebelum ada yang bertanya .
tahun lepas aku cakap nak update pasal reza holiday pergi singapore kan ? tapi memandangkan aku ada masalah yang tak dapat dielakkan masa tu , hari ni baru aku teringat balik dan update . tapi reza tak bagi aku apa-apa informasi , jadi aku hanya berjaya cilok dua keping gambar dia sepanjang dia berada kat sana .
ada macam bruno mars ke ?
rata-rata orang malaysia kalau pergi singapore mesti jejak universal studio , so , reza pon pergi tampat tu la . lain-lain tempat aku tak dapat tahu . kemalasan aku untuk bertanya reza selanjutnya melebihi kemalasan seekor koala bear . huh , nak kelip mata pon kadang-kadang aku malas . masa taip entry ni aku kelip mata berkali-kali dalam satu masa supaya aku tak payah kelip mata lagi lepas tu . okay ke ?
tukang karut
nukilan mewakilkan reza timberlake at 1:43 AM 0 orang menjerit
Friday
januari 2011
selamat siang . .
pejam celik pejam celik sudah tahun baru lagi . ya , memang aku sedikit terlambat meng-update entry tahun baru , biasa lah , rutin menghadap blog tiada dalam to-do-list seorang pelajar .
sedar tidak sedar , sudah 18 tahun 5 bulan tuhan memberi peluang untuk dia bernafas di dunia-Nya . syukur masih ada lagi nyawa untuk tahun baru ni . umur semakin meningkat , apa yang diharap , segala yang lampau haruslah dihijrahkan , daripada lama kepada baru , buruk kepada baik , just nice kepada super fine , kaya kepada jutawan , handsome kepada jambu dan cantik kepada menawan dan jelita . semoga tahun baru menjadikan kau yang baru . yang tak terlalu menyakitkan aku . permulaan yang baik , dengan niat yang baik menggambarkan pengakhiran yang fantas-the-best . hoyehhhh !
terima kasih kerana masih lagi menjadi kawan aku . and jangan psyco aku . aku harap tahun ke-2 ni akan terus berkekalan sehingga kau transform menjadi tua ganyut tetapi aku masih lagi muda belia :)
p/s : si perempuan
nukilan mewakilkan reza timberlake at 4:02 AM 0 orang menjerit