BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday

we need to settle it out

selamat siang .




aku mintak maaf sebab dah ter-susahkan kau hari tu . aku sedar ego aku lagi tinggi daripada Gunung Everest sampai aku boleh simpan rasa bersalah tu jauh nun di Africa sana . memang kata maaf je yang mampu aku hadapkan depan kau . 

next year kalau panjang umur , aku pulak pergi melutut di Banting .


okay bye .

Sunday

semua cerita bola

selamat siang . .

goallllll !
Malaysia 3 - 0 Indonesia

semua orang tengok bola , semua nak cerita pasal bola . so , aku update pasal bola dekat blog cerita macam haram . aku pasti mat bunga ni pon layan bola jugak malam semalam .

tahniah dan terima kasih kepada abang-abang handsome skuad Malaysia yang telah membuad peluang Malaysia untuk menjadi juara meningkat kepada 90% . wah ! megah betol .

Wednesday

yelah kan . .

selamat siang . .

semalam punya malam . SMS dihantar ke number handphone Reza Timberlake .

perempuan : kau dah balik ?

reza : yang kau nak tahu kenapa ?

perempuan : yelah , tak payah bagitahu .

fyi , reza baru balik dari holiday . singapore . si perempuan dengan nada penyebuk-tak-tahu-malu pon sebok lah bertanya perihal reza sudah sampai ke Malaysia atau belum . memandangkan si perempuan sudah jarang meng-online facebook , so , si perempuan tidak tahu lah yang gambar reza di singapore sudah tertera sebagai default picture profilenya , yang membawa maksud reza dah balik lah .

nampak tak intonasi yang paling bersopan sekali si perempuan gunakan semasa menaip mesej tersebut ? memandangkan reza baru balik dari oversea , ada nada bongkak sedikitnya semasa meng-reply mesej tersebut . yelah , takpa .

si perempuan pon dengan tidak semena-mena berpantun di dalam hati .

kalau ada jarum yang patah ,
jangan disimpan di dalam peti ,
kalau ada silap dan salah ,
maaf kan je lah , jangan buad tak reti .

Saturday

entry serius

selamat siang .

ehemehem (gua tiru style reza)
kuku gua semakin panjang nampaknya . tapi gua rasa akal gua semakin pendek sehingga tidak berjaya memikirkan sekelumit idea jua untuk meng-update belog cerita macam haram ni .

tibatiba timbul rasa kesal di hati gua selepas menaip entry di bawah ini yang berintipatikan pujian untuk reza . sebabnya ? dalam seminggu ini saja gua telah teruji dengan penipuan reza kepada gua sebanyak 3 kali . ya , 3 kali . kalau lu orang , gua confirm lu dah lari membawa hati ke luar negara . perancis mungkin .
maaf kerana gua membuka pekung di dada lu reza , gua geram !! walaupon gua tahu memang sepatutnya gua tidak meletakkan sedikit pon kepercayaan terhadap diri lu . gua bagi lu peluang tapi lu gunakan peluang yang gua curahkan dengan cara yang tidak berhemah langsung . tapi lu kena ingat , peluang tak selalunya datang bergolek . dan bukan semua orang sudi nak menabur peluang .

gua cerita pasal reza dengan gua . para readers , don't judge a book by it's cover . kalau lu orang kawan dengan reza , lu kena layan reza setimpal dengan layanan reza terhadap lu . maksud gua , lu jangan terpengaruh dengan katakata gua . maksudnya lagi , mungkin reza layan member tak sama rata . dengan gua dia layan macam ni , dengan lu orang dia layan macam tu , so lu layan reza seperti yang dia layan lu orang . gua taknak lu baca cerita gua cakap reza macam tu , reza mcam ni , lu orang terus tak jadi nak kawan dengan reza . macam mana gua nak susun ayat ni ? harap masingmasing paham la . act , mat bunga tu bukanlah teruk sangat . dengan gua je dia boleh berubah menjadi anak syaitan dengan tibatiba . gua pon tak pasti di mana dosa gua .

gua bukan nak buruk kan lu reza , sikit pon tak terniat . tapi , gua nak lu tahu yang gua poyo tak bermakna gua tak kesah . gua poyo sebab gua malas nak layan lu . okay ? kalau lu tak puas hati , lu boleh lucutkan jawatan gua sebagai pengarang dalam belog cerita macam haram ni .

gua menaip alaala entry taipan mat rempit . baru la nampak macam gua memprotes kan . link di bawah tertaip adalah untuk diclik beramairamai okay .
http://nainaal-din.blogspot.com

gua undur diri dulu .



gua taip entry ni 2 kali . entry pertama belum sempat di-save connection internet gua sudah mengajak bergurau . nasib gua sempat menahan amarah .

Monday

SALAM MAAL HIJRAH

assalamualaikum . .

bagi salam sebab hari ni 1 Muharam .
dengan penuh tawadu' dan merendah diri , saya ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada semua umat Islam di seluruh dunia especially pembaca belog cerita macam haram . siapa yang nak rasa diri tu special baca la belog macam haram ni . ye dak ?

biasa orang cuma berazam bila sampai tahun baru Masihi je kan . lupa nak berazam masa tahun baru Islam ni , sedangkan orang Islam . orang = aku . aku sebenarnya dah lama tak berazam . baik tahun baru Islam mahupun tahun baru Masihi . sebabnya , azam aku masa kecilkecil dulu tak tercapai lagi . aku taknak menambah azam selagi azam lama tak tercapai . sama je macam menambah tanggungjawab walaupon tanggungjawab lama tak selesai lagi kan . beban wooo . tapi mungkin tahun ni aku akan renew azam aku , sebab aku rasa azam yang lama tu macam dah tak sesuai untuk diteruskan .

memandangkan ni bukan belog aku , so aku taknak la cerita azam aku tahun baru ni . aku nak cerita pasal azam reza pon aku tak tahu apa azam mat bunga tu . cuma aku harap and always doakan yang reza sentiasa berazam untuk berhijrah daripada yang lama kepada yang baru dan menjadi yang terbaik among yang baik . reza doa sama la ya . cerita pasal reza yang terbaik , aku rasa tak sabar nak jumpa bulan Ramadhan tahun depan :) tapi memang haruslah orang berazam untuk berhijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik kan , takkan la orang berazam untuk menambah pendapan mencuri pulak tahun depan . ye dak ? memang tak ingat mati tu . 

tv2 cakap tadi , MAAL HIJRAH , TEKADKAN AZAM MENITI KEJAYAAN . aku harap aku pon berjaya tekadkan azam memandangkan next year aku SPM dan haruslah aku mencapai kejayaan yang superduper gempaq . amin . kalau doa secara berjemaah lagi afdal kan , so kita berdoa samasama ye :)



@http://nainaal-din.blogspot.com

Friday

reza ouh reza . .

selamat siang . .

aku ngantok . niat asal aku online tadi atas sebab nak meng-update belog neh , tapi update belog menjadi agenda terakhir selepas aku berjaya online . heh ! macam haram . .

pujipujian . siapa suka ? aku pon suka . pujipujian bukan untuk yang Esa je kan ? pujian boleh dilemparkan sebagai tanda kita menghargai dan mengagumi seseorang or something , right ?
so , today , aku mahu puji reza . ikhlas tak ikhlas tu akhirat punya cerita . okay ! reza is a nice guy . selama aku kenal reza , reza susah gila nak buad aku senang hati , hati aku susah nak senang . memang haram mat bunga tu . but , i still want to admit that he is a nice guy . why ? i don't know . and i don't know how to elaborate my statement :)

berdasarkan bancian yang telah aku lakukan terhadap beberapa orang membermember rapat reza , memang ramai yang cakap reza ni budak baik . aku pon tak tahu ilmu apa yang mat bunga tu pakai sampai member dia pon macam bersungguhsungguh bangga dengan dia . aku cakap macam tipu je kan . haha .

okay ! aku tipu je tadi . aku mana ada masa nak buad benda jadah tu semua . tapi aku pernah lah berbual dengan sorang member reza topik berkenaan reza , dan member reza tersebut ada memuji reza yang mengatakan reza seorang yang baik . okay ! ini tidak tipu . tapi sejauh mana kebenarannya , aku tidak mahu ambil pusing . bersangka buruk itu tidak baik bukan . dan atas sebab itu lah aku mula menukar perspektif aku terhadap reza dan mengatakan reza is a nice guy . ya , aku ulang lagi .
tapi satu je , ego reza terlalu tinggi apabila bersama aku . macam mana la aku nak cakap reza ni baik ? dengan aku sikit pon dia taknak kalah , tadi , boleh ke dia bertekak dengan aku pasal buah limau ? tak betol betol mat bunga tu . macam mana aku boleh nak mengalah dengan dia ? mustahil ! dan apa yang aku pasti , reza tak pernah buad baik dengan aku . buadbuad baik ada lah . aku dah paham sangat la . nyampah tau !
aku cakap dia baik pon sebab dia suruh . ggrrrrrrrrrrrrrrr


tadi aku google image nice guy and google bagi aku ni . ada macam reza tak ?


p/s : reza bukan mat bunga pon sebenarnya . aku saja je bagi dia nama tu . macam comel je . ye dak ? kalau pakai nama mat born macam tak sesuai pulak dengan pesonaliti reza tu :)
pandaipandai aku je

Wednesday

good luck dior :)

selamat siang .

kakak aku selalu pakai perkataan dior tu . so , aku pon pakai la . tapi aku tak tahu dior = ? . yang aku tahu dior tu international brand je la .
aku rasa macam sakai pulak ayat aku pagi ni .

okay !
i wish you



semalam ada orang cakap dengan aku yang kau dah buad future study . alhamdulillah . aku lambat eh ? patot lah kau pelik . aku mana ada nak pasang stalker yang boleh bagi information pasal kau on the spot . tapi kalau aku kena tipu cepatcepat la gelak kan aku gulingguling . tapi memandangkan kau dah cakap dengan aku yang kau dah tak kerja sekarang so aku percaya lah .

malam semalam aku macam excited nak update entry ni . tapi pagi ni aku macam dah takda hati .  mungkin disebabkan oleh faktor usia yang semakin bertambah .

btw , study is fun !

entry singapore nanti aku update . masa kau dah balik malaysia ke , ada gambar baru menarik . kan kan kan . . pasal jb tu , apa kata kita tukar jadi melaka dan tarikhnya kita anjak sampai kau dah balik malaysia ? nak ? melaka is interesting better than jb maybe :)