BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday

tiada tajuk

selamat siang .

baru aku perasaan template belog cerita macam haram ni ada lovelove . kemaen lagi ya kau .

okay ! ni lagi satu entry yang aku taip hari ni . kan aku dah cakap , aktiviti cuti sekolah aku ialah menaip entry . aku taip ya , no copy cat . berpeluh dahi ni nak menaip entry , bagai melihat wanita jatuh dalam bilik aik ketika mahu mandi pon ada jugak . melampau tau !
semalam aku tengok cerita lagenda budak setan . ya , aku baru tengok semalam dan aku rasa beruntung aku tidak samasama tergesagesa untuk menonton filem tersebut awalawal dulu di pawagam . sebabnya aku rasa akan ada pembaziran yang berlaku sekiranya itu berlaku . sebabnya lagi cerita tu sangat cepat dan tidak menarik .

member aku semua pergi bekerja , rezu kerja , rezi kerja , rezo kerja , reze kerja , reza kerja tak ? mira kerja , tasha kerja , amir kerja , emy kerja , iqa kerja , eqal kerja , rain tak kerja , iemah kerja , kakak aku tak kerja , aku pon tak kerja . ayah aku kerja sorang cukup lah . aku bukan pemalas , cuma mahu menikmati masa muda selagi aku tidak terpaksa mencari duit untuk mengisi perot sendiri . ibu aku cakap , "time belajar , belajar . dah kerja esok , kau cari la duit banyakbanyak bagi kat ibu" . tapi aku cakap , "time belajar kalau diselangi dengan bercinta pon menarik jugak kan" . baru lah nampak life sorang radikal . memang berhaluan kiri .

hidup kalau takda life baik mati . tapi , nasib lah member aku yang takda life tu hidup lagi . mana tak aku kata dia takda life , balik dari habis menjawab paper final exam yang terakhir , ada ke patot aku nampak dia baca buku account dalam kereta ? tak menyempat . korang agak , sampai rumah dia buad apa ? tukar baju  , makan , tidur atau pergi kelas tuisyen ? dia memang tak mandi , membazir katanya . 
hari tu lepas habis paper exam , aku ingat nak pergi buad bangunan sekolah yang dah siap tu , tapi tak kesampaian . ape jadah entah aku boleh duduk rumah tolong ibu aku buad roti . cehhh , nampak gadisgadis pulak . ada jugak aku berniat nak tolong kontaktor yang renovate kedai makan kat tasik y tu , tapi tiada yang menyokong . lastlast , aku kuburkan je niat tersebut atas alasan bila masa pulak aku ambik kursus meng-kontak bangunan . nasib . .

entry kali ni tidak banyak menyebut nama reza ? memang lah , aku tak cerita pasal reza pon . kan aku tengah cerita pasal life tu . life aku . asyik cerita pasal reza je , malas nak cari idea . memang la ni belog dia dan sepatutnya cerita pasal dia , tapi kan jari aku yang menaip , siapa boleh halang ? kecuali reza lah kan . tapi reza bukan tahu pon . dia tak menjenguk pon belog cerita macam haram . memang haram sikit mat bunga tu . mungkin dia sedang live his life . korang apa tahu .

terupdate jugak .

hehuhehuhehuhehu :)

Saturday

terima je lah

selamat siang .

dah edit kena lah update kan . dua tiga hari ni aku rasa macam dah tak siuman sangat sebab buad benda ni . sebagai mengembalikan kenormalan aku , macam yang kau nampak lah . semestinya tidak boleh lebih cantik daripada belog aku walaupon belog aku memang tak cantik pon . tu sebab belog kau jadi macam ni . 

penat ! kau terima je okay apa yang ada . yang lain aku tak mampu . semalam aku berjaya , tapi aku rasa kau akan mengajukan berjuta soalan kalau kau nampak belog cerita macam haram ni jadi macam tu . so , aku malas nak bersoal jawab dengan kau cuticuti sekolah ni .

one more thing , long time no conversation right ? tibatiba je aku rasa kau rindu kat aku . haha . aku pon rasa rindu sangat nak makan martabak singapore kat muar tu . heh !


@nainaal-din.blogspot.com . rajinrajin la melawat okay :)

Thursday

mesti tipu

selamat siang .

untuk pertama kalinya aku tidak berjaya menaip perkataan 'farasyuhaida' dengan jayanya . dah kena sumpahan kot . atau ada yang tidak merelakan ? 'farasyuhaida' tu penting . kalau aku tak berjaya taip perkataan tu , banyak benda yang tak boleh jadi hari ni . tersedak sedak gadis tersebut sedang menjawab paper SPM gamaknya . friday SPM berjalan seperti biasa ke ? aku tak tahu ! ! ! kenapa tu ? huishhh

mesti tipu . aku tak tahu nak cerita apa dengan dua patah perkataan ni . tapi yang aku tahu aku nak juga menaip dengan berlandaskan dua perkataan tu hari ni .

al-kisah . . hikayat bermula .  .
aku mulakan hidup aku pada 1 Jun 199# . tapi aku jadi matang pada 21 November 2005 . selama aku hidup 1# tahun ni , nak kira berapa juta orang yang aku dah jumpa memang payah la . nak kira berapa ribu orang yang aku kenal dan jumpa pon memang parah la . sebabnya , aku tak pasti , ada sampai beribu ke ? okay ! sehubungan dengan itu (ayat karangan takboleh blah) aku sangat susah untuk percaya cakapcakap orang . tuan punya belog cerita macam haram ni menjadi top 5 dalam ranking tersebut .
secara ringkasnya , aku sangat susah untuk percayakan kau reza . walaupon aku rasa , tapi ni aku rasa je la yang mat bunga ni jarang menipu aku (aku ya !) tapi aku tetap nak kata yang dia tipu aku . feeling aku kata , kalau kau percaya cakap reza , kau memang dah kena tipu hiduphidup dengan reza dan reza sedang bergelak ketawa tergulingguling terbahakbahak serupa syaitonnn untuk aku . cissss . aku memang tak boleh terima ni . sebabnya , aku tak nampak .
hari tu , before raya , kau cakap dengan aku kemaen lagi . lastlast , tak jadi jugak . siap kau salahkan aku lagi . arghh , aku bukan nak buruk kan kau , tapi aku bagi contoh menyatakan sebab yang aku malas nak percayakan kau . sorry okay ! kalau tak puas hati , settle luar .
antara sebab lain aku suka cakap reza tipu aku adalah reza tak pernah serius . last aku rasa reza berkata dengan serius ialah pada tahun lepas ketika reza bertanyakan aku , "present apa sesuai untuk awek ?" (aku rasa reza akan serius time cerita pasal awek je kot) benda ni pon , member aku yang remind , kalau tak memang aku anggap dalam tubuh badan merangkumi kepala dan otak reza , tiada satu pon organ / urat / wayar / gen atau objek yang seangkatan dengannya yang beremosi serius . kritkal !
enough kot . nanti reza marah lagi . scaredscared . 



tapi aku rasa lagi satu sebab aku tak suka percaya orang adalah kerana aku juga sering tidak dipercayai orang . menyampah tau !



p/s : entry ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup mahupon yang telah berhijrah ke alam baqa'

adiosss .

Tuesday

apa dah jadi entah

selamat siang .

demmm .

blurr habis . 

wassalam .

Sunday

kemaen lagi !

selamat siang . .

heh , dah lama kot aku tak meng-update belog cerita macam haram ni . reza juga sudah membebel gamaknya . aku memang suka buad dia jadi begitu . baru you all tahu . haha . .

ohmygod ! ohmygod !

tadi aku dengar suara angin berkatakata . khabarnya , reza sudah semakin HANDSOME . aku pon tak tahu kenapa la angin tersebut gemar benar mengambil tahu cerita berkaitan reza . ada stalker kesayangan nampak abang reza , winkwink~ seperti biasa , aku menjalankan aktiviti men-skod bagi mengetahui sejauh mana kebenarannya . alhamdulillah . ada perubahan . sudah berambut pendek . tapi aku tengok tu macam gambar masa raya aidilfitri hari tu sebab baju yang dia pakai sama , kalau raya aidilfitri maknanya dah lama , maksudnya . . cari sendiri lah . tapi kalau reza pakai baju yang sama masa hari raya aidiladha pon takda salah nya . takkan beli baju mahal mahu pakai sekali saja kan . tapi raya aidilfitri hari tu aku tak perasaan pon rambut dia macam mana . dan sebenarnya aku memang tak pernah tahu pon macam mana keadaan rambut reza . apahal aku cerita pasal rambot reza ni dan apa kejadahnya aku nak heran reza pakai baju apa , sahsah mak dia yang basuh , aku confirm lah reza tak basuh baju sendiri . betul kan ? kan . . kan . .

statement baru . reza yang baik hati .
beberapa hari lepas aku ada tanya reza satu soalan yang sangat mencabar , gila mencabar , terketarketar reza nak menjawab . aku tahu tu walaupon reza tak bagitahu . nak mati apa reza nak bagitahu aku , ada yang tak keluar rumah karang .
aku tanya dia macam ni , " hoi mat bunga ! kalau kau dah nak mati kan , kau nak bagi ke bakal bini / tunang / awek kau kat member kau ? " aku rasa masa reza baca soalan tu , dia terus masuk bilik nyorok dalam selimut , tak pon dia pergi google jawapan . sekarang kan semuanya di hujung jari . lama jugak la dia menyusun katakata mencari jawapan yang paling sempurna . aku dah boleh agak dah tu . beberapa minit kemudian aku menerima balasan daripada reza . dia jawab alaala dalam cerita melayu kat tv3 tu , " aku bagi sebab aku nak masa depan dia terjamin " . geli tak ? aku tak percaya pon . aku tanya lagi , " kalau kau bagi kat kawan kau confirm la masa depan dia terjamin ? " . reza jawab " ha'ah la " . hampeh ! nampak sangat masa depan dia tak terjamin kalau dia dengan kau reza . hehe , maaf .

jadi di sini , kalau ada sesiapa yang nak kawin dengan kawan reza tapi susah nak dapat , pergi lah tackle reza dulu . lepas tu , kau racun reza , nanti kau dapat la kawin dengan kawan reza tu .

the end .


bernas tak ? bernas kan . . kan . .
lelaki memang senang mempercayai sahabatsahabat mereka kot . tak paham aku .

Friday

lagi !

selamat siang .

aku marah reza tadi . dan reza merajok . haha . . aku menang lagi . okay ! aku moody hari ni dan reza mintak bukanbukan . memang dapat penampar la . nasib jauh . nasib aku tak bela doraemon sekor kat rumah aku , kalau tak memang dah sampai banting dah tangan aku (aku memang tengok katun) .

aku ada problem . problem yang sepatutnya belum boleh sampai tapi dah datang sebelum waktunya . gelojoh sungguh . dia naik apa pon aku tak tahu . aku serabut . sorry okay reza , aku memang suka lepaskan meratarata . sama la kita kan . kau jangan nafikan . ingat dah habis exam , boleh la berfoyafoya bersuka ria mengikut hati , tapi tidak rupanya . walaupon problem ni datang bila time aku sendirian je , tapi nak cakap macam mana kan , aku memang harihari sendirian . kalau kat sekolah tu , kejap je lah aku boleh lupa . balik rumah aku ingat la balik . nanti dah tak sekolah lagi lah . tibatiba aku rasa macam nak pergi je teman senior aku jawab paper SPM , boleh tak agakagak ? aku sampai dah tak tahu nak nyanyi lagu apa dah nak seiring kan dengan hati aku ni . kalau aku nyanyi lagu seiring dan sejalan nanti lain pulak tune nya , dah aku terpaksa cari lagi sorang untuk dipaksa berduet dengan aku . aduhh , susah betol , banyak kerja tu . 

dah la reza , kau memang mengada , aku cakap macam tu pon aku dah nak kecik hati . kecik hati aku kau tak nampak . dah se-size dengan bacteria kau tahu tak ? aku tahu lah kau manja . liya pon ada cakap yang kau kuat merajok . ke kau merajok dengan awekawek je , nak mintak perhatian ? haa , tu yang kita tak tahu :)

Thursday

hambikkkk . .

selamat siang . .

rezza , kau nak nuffnang kan ? aku dah buad kan , aku dah tampalkan sekali . nanti kalau dah dapat duit , half aku punya okay ! tak kira , tak kira . kehkehkeh . .

tengok tepi tu !

Tuesday

reza dan kemarahannya .

selamat siang . .

aku rasa reza marah aku . kenapa ? sebab malam bila entah aku ada buad dia marah . kenapa aku buad dia marah ? entah , aku memang suka kot . nak kata aku ni jahat sangat , takda lah . tapi aku suka bila buad reza marah . aku pon tak tahu kenapa . aku rasa aku menang bila reza marah . tapi , aku tak rasa pon aku jahat . ramai lagi kot orang yang boleh buat benda lebih teruk daripada apa yang aku buad tu . sumpah aku akan rasa bersalah kalau aku buad orang sakit hati . tu sebab aku taip entry ni . aku nak reza tahu yang aku memang saja buad dia marah . kalau dah nama saja tu bukanlah suatu perkara yang harus dipandang serius kan . tapi tu aku yang cakap lah . aku tak tahu lah kalau reza pandang dari sudut lain .

aku memang cakap lepas . mulut aku belum ada insurans , ayah aku belum belikan lagi . katanya , nantinanti lah . so , aku memang suka buad orang marah . tapi bila dah buad orang marah , ayat yang aku paling malas nak cakap adalah ayat ni , "i am sorry" . yang ni pon aku tak tahu kenapa . aku rasa cakap i love you lagi senang kot daripada cakap ayat tu . kalau aku gaduh dengan kakak aku pon aku tak pernah kot mintakmintak maaf ni . tahutahu je nanti , aku curi minum air dia , tak pon dia sebok nak tydo kat bilik aku . kalau gaduh dengan member aku sopan sikit lah , aku akan cakap "sorry lah" dan beredar tanpa berpaling(ayat memang tak boleh blah) . tapi aku rasa dalam 16 tahun aku hidup ni aku gaduh dengan member berapa banyak kali je . sampai aku tak boleh ingat . hihi . bergaduh dengan cleaner toilet tu lain lah , yang tu memang aku tak boleh terima , demmdemm .
so , aku cakap "sorry" kat sini je lah reza .


aku rasa kau pon tahu kenapa aku suka buad kau marah , kenapa aku taknak dan tak boleh kalah dengan kau reza . tapi ibu aku cakap , mintak maaf tak melambangkan yang kita dah kalah(sekali lagi , ibu aku tak cakap pon sebenarnya) . so , aku mintak maaf lah sebagai tanda aku seorang gadis yang beriman dan tahu menghormati orang sekeliling  . cehhh , hehe .

Sunday

bodoh punya playgirl !

selamat siang . .

entah lah . entry ni reza yang mintak aku post . ditujukan kepada someone katanya . mulamula aku dah syak dah yang playgirl tu aku , tapi bila aku ingatingat balik yang aku ni bukan playgirl , aku abaikan ramalan tersebut . lepas tu , dengan sepantas kilat aku online facebook . niat di hati nak cari petunjuk . skodskod profile reza sepam dua , then , aku rasa macam dah dapat hidayah je . tapi , hidayah daripada syaitan nirrajim lah . boleh dikatakan sebagai hidayah ke ? boleh percaya ke ?uishh .
aku rasakan aku boleh jadi charlesangle(okay ! aku memang tak pandai mengeja) lah .
aku tanya reza , apa cerita yang aku kena tulis dalam entry ni , dia cakap "tulislah apa yang kau rasa kalau orang tak menghargai kau" . bermakna , reza merasakan dirinya tidak dihargai oleh seorang playgirl . dah nama pon playgirl reza , harga pon dia takda kot , lagi mahu cerita pasal menghargai ke ? lain lah wanita muslimah . maaf lah aku cakap . ahhh , aku taknak tulis benda tu .

okay ! aku benci nak cerita benda yang aku tak tahu .

bagi aku lah , hidup ni kalau nak happy , kita tak payah la berkira sangat , tak payah lah nak mengharap sangat . ingat boleh ke nak paksa or mintak orang menghargai kita ? memang ni fuck lah yang kau akan terima . perasaan tak dihargai ? bukan senang woo mahu handle . tapi kan reza , kalau kau tak terlalu mengharap , perasaan tu takda lah parah sangat . bunga bukan sekuntum . kau kan muda lagi , berduit . apa yang kau risau sangat ? kalau lah . . haha . .
aku rasa lah , tapi ni aku rasa je lah , kau terpaksa rasa perasaan ni sebab kau pernah buad kat orang kot . aku bukanlah nak perli , tapi cuba kau ingatingat balik , apa orang kata ? karma ? kadangkadang harus jugak mempercayai karma ni kan , barulah adil , barulah puas hati .

okay ! sekali lagi maaf . aku menaip tidak seperti yang kau harapkan ya reza . tangan aku sudah tidak mahu mendengar kata nampaknya . hishhh , jangan disalahkan tangan yang menaip kalau hati sudah dirasuki iblis lakhnatuallah . mengucap nani .

serius kan bunyi entry ni .

okay ! berbalik kepada permintaan asal .
awak yang dimaksudkan , reza merasakan awak tidak menghargai dia . sekali pon awak dan dia tidak lagi bersama , sudah bergaduh mahupun sudah berpisah , tidak bermakna awak berdua harus bermusuh . try to baikbaik , macam mana ek nak cakap ? jangan set dalam otak , kalau dah break mesti jadi musuh , mesti memburuk buruk kan sesama sendiri , mesti berbangga dengan pasangan yang baru . jangan ikut lumrah . buad lah benda yang memang awak nak buad . ego letak tepi . ikut kata hati .
seronok sangat ke gaduhgaduh ni ? nanti nagis . ngada la tu .

kalau petunjuk yang aku dapat malam tadi betol , so , apa yang aku repekkan hari ni juga betol .
aku dah menjaga tepi kain orang ek ? okay , maafmaaf .
aku nak pergi tengok tepi kain aku pulak lah .

Saturday

yang benar ?

selamat siang .

okay ! aku baru terima fakta baru tentang reza . baru je beberapa minit yang lepas . masa baca tu aku macam tak percaya jugak . aku tak sangka betol . ada orang cakap reza kuat merajuk . aku ingat awekawek manja gedikgedik santai je yang suka  merajukrajuk ni . reza yang brutal tu pon kaki marajuk jugak ke ? ke orang banting memang ada genetik macam tu ? aku berkatakata berpandukan pengalaman . cehhh . okay ! maafmaaf .
mungkin reza hanya merajuk pada waktuwaktu tertentu , di tempattempat yang sesuai dan bersama orangorang tersayang je kot . ha , kita mana tahu kan .

reza anak ke-6 daripada tujuh orang beradik dan hanya dia sorang je anak lelaki dalam family dia (aku main sembur je , entah betul entah tidak) . confirm manja dan aku mula percaya yang dia kuat merajuk . logik lah kan kalau mamat bunga tu kuat merajuk kan . tapi , selama aku kenal reza , nasib lah dia tak pernah merajuk dengan aku , yelah , aku kan baik . tapi tak tahu lah kan kalau dalam diamdiam , takkan lah orang merajuk ni nak jeritjerit beritahu kat orang mintak simpati . demm . lagilagi reza , segan kot , nanti dituduhnya tak gentle . mana nak letak muka ? tapi , setahu aku jugak lah , reza tak pandai dan tak tahu segan , macam sekarang ni , am i wrong ?

style ke lelaki merajuk ? awek merajuk pakwe pujuk . pakwe merajuk awek pujuk . baru adil kan ! cisssss .
hari tu aku lepak bustand aku nampak ada couple tu bergaduh . si pakwe sampai menangisnangis . awek dia tak pujuk pon . chill je dia . biadab kan , tak memahami langsung .
nasib member aku halang masa kau nak pergy tolong pujuk kan . kacau !






moralofthestory : jangan beli pakaian dalam colour merah .

Friday

happy deepavali semua !

selamat siang .

                    HAPPY DEEPAVALI !

saya mewakili reza dan anakanak yang kini berada di kampung asal beliau di India sempena menyambut perayaan deepavali mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI KEPADA SEMUA READERS CERITA MACAM HARAM . PANDU CERMAT JIWA SELAMAT . reza juga menjemput readers belog ini untuk menghadiri majlis rumah terbuka beliau yang diadakan di dewan serba guna yang beralamat di pos 33 , jalan maruku , kampung kari , batu caves , selangor . segala perbelanjaan perjalanan pergi dan balik akan dibiayai sepenuhnya oleh sami velu . ayuh hadir beramairamai . kerjasama anda amatlah dihargai .

sekian .

Thursday

reza gemar usha gadis seksi

selamat siang .

ini entry ke-5 penulisan aku di cerita macam haram . rasa berbudi pulak buad kerja sukarela ni kan . baiknya aku .

mengikut pahaman aku la , gadis seksi tu macam ni la rupanya kan . aku tak tahu la kalau pahaman reza atau pahaman u all semua songsang .


baru bernafsu kan tengok . kalau tengok awek pakai purdah baik tengok nenek sendiri kan . nenek aku pon tak berpurdah . cissss . reza memang memilih . tengok saja lah taste nya , alaala paris hilton gitu . agakagak paris hilton baca tak cerita macam haram ni ? kalau dia baca mesti dia terus pindah banting untuk mencari cinta hatinya kan .
kenapa reza suka usha gadis seksi macam di atas ?
1 . sebab reza tak seksi . yelah , apa la yang seksi kat reza tu ? takda apa pon .
2 . baru puas kan tengok . kalau tengok awek tudung pakai baju ketatketat nampak bentuk je , mesti macam tak cukup je kan . dah bukak semua , dah nampak semua , baru la complete . kecuali yang tutup sikit tu je la , malu kot nak tengok di khalayak ramai , kalau terangsang macam mana ? susah .
3 .  reza belum terfikir untuk berumah tangga mungkin . yela , kalau dah berumah tangga nak buad apa tengok orang punya kan . bini punya halal . layan je la apa yang ada .
4 . reza mahu menikmati dan menghargai syurga dunia :)
5 . reza memang pencinta gadis . kalau dia suka lelaki takda lah dia usha gadis seksi bukan .

tapi , bukan senang nak cari awek seksi macam ni kat malaysia . rakyat malaysia semua tak daring . semua takut dengan nik aziz . semua seksi tahaptahap mulan jameela je , sebabnya , orangorang tua kan rajin layan dangdut so mereka berani la .

mungkin reza harus berhijrah untuk mendapatkan yang terbaik :)


p/s : aku tak mampu nak buad entry panjangpanjang . aku geli dan aku bukan penggemar gadis seksi macam kau REZA .

Wednesday

reza telah menjadi idaman setiap ibu mertua masa kini ?

selamat siang .

kemain panjang lagi tajuk entry ni kan ? aku pon tak tahu kenapa aku taip entry di bawah tajuk tersebut . takpa lah , kita bagi peluang okay . entry ni permintaan seseorang sebenarnya . aku pon tak tahu apa motif seseorang itu meminta aku menaip entry ini pada hari ini . mungkin sudah ada ibu mertua di luar sana yang mengidamkan reza . haa , siapasiapa ?

reza telah menjadi idaman setiap ibu mertua masa kini ? ibu mertua siapa ? haa , tu yang kita tak tahu . nasib lah manamana menantu yang akan ber-bapa-mertua-tiri-kan reza . nasib aku belum punya ibu mertua . kalau sudah ada sekalipun aku berharap aku mempunyai bapa mertua sekali . tipis sikit peluang untuk aku ber-bapa-mertua-tiri-kan reza . ye dok ?

tinggi juga taste ibuibu mertua masa kini ye . mahu yang bergetah saja . baru la namanya anak ikan . bela bapa ikan nak buad apa kan . aku tak heran sangat kalau reza ni jadi anak ikan . sebabnya , reza pernah tanya aku , "kau pandai masak nasi tak ?" . mungkin reza sekadar mahu memenuhi selera tekak nya . kalau jadi anak ikan kepada ibuibu mertua , sudah pasti perot beliau sentiasa berisi . silap hari bulan boleh jadi alaala polis trafik yang menjaga lalu lintas sambil menayang perot mereka di sekitar bandaraya . cissss .

tapi aku rasa , reza belum lagi memulakan aktiviti meng-anak-ikan-kan diri nya kepada manamana ibu mertua . tengok saja lah badannya , tak kuasa mak ! uishh , minta dijauhkan la .


p/s : maaf reza , kau bagi tajuk tanpa memberi sebarang isi . ini saja isi yang dapat aku fikirkan setakat ini . kau juga yang mahu segera kan :)

Tuesday

indie band

selamat siang .

tahun lepas , aku agak rapat dengan rezza . kenapa ? sebab kami rapat la , tu pon tak boleh fikir sendiri ke ? oleh sebab kerapatan yang terbina , aku sempat mengetahui perihal sebuah band yang ditubuhkan oleh rezza and the gang (macam nama band kan ? haha) . disebabkan nama penoh rezza pon aku tak tahu , jadi aku tak tahu juga lah sejauh mana kebenaran gossip tersebut . lagu yang popular daripada band tersebut pada era itu kalau tak silap aku la yang ada perkataan raja bersiung tu , aku tak tahu pon sebenarnya . rezza pernah kot paparkan bendealah tu kat myspace dia . time tu budakbudak semua layan myspace , cari jodoh , tukartukar layout , buad pertandingan siapa punya paling cun , lepas tu gadoh sampai terpaksa dibawa ke muka pengadilan , heh ! aku pon tak paham . facebook ni semua jahil lagi . kecuali aku la kan . aku kan genius . cissss .

tapi sekarang aku lebih jahil berkaitan gossip itu . apa mungkin sudah dibubarkan ? aku baru berangan angan nak mohon jadi vokalis , paling sakai pon penari simpanan ke , tapi apakan daya hajat tak kesampaian . tapi aku takda lah sampai nak berbunuhbunuh kan . aku redha je . :) i like !

mungkin kini mereka lebih prefer untuk bermain dota di cybercafe atau bermain farmville di facebook . kerjaya tersebut terpaksa dikuburkan dahulu sematamata memenuhi matlamat mengayakan auntie cybercafe dan memelihara fauna di Malaysia mungkin . aku cakap macam aku tahu semua kan , kenyataannya aku jahil pasal hidup rezza and the gang . haha .

okay ! aku merepek .
maafmaaf . 
ignoreignore .

Monday

perihal pekerjaan

selamat siang .
aku tipu je sebenarnya . bukan siang sangat kot .

hari ni kita cerita pasal aktiviti rezza selepas SPM . setahu aku lah , lepas je habis paper terakhir semasa SPM , rezza tidak pernah menjejakkan kakinya ke manamana pusat pengajian untuk menuntut ilmu , sebabnya , jangan tanya aku .

sudah berkalikali juga aku bertanyakan perihal pekerjaannya selepas tamat sekolah beberapa bulan lalu , jawapan yang sering aku terima , "jual perempuan" . aku percaya . mana boleh tak percaya , tak baik .
tapi hari tu dia kata dia sudah berhenti beraktiviti seperti itu , aku fikir mungkin sudah tiada lagi wanita cantik di selangor yang boleh dijual oleh rezza . okay ! maafmaaf . sekali lagi aku tanya rezza "kenapa ?" , rezza jawab , "sebab kau cantik" , aku menafikan , tapi rezza bersungguhsungguh membuktikan . aku tak boleh nak buad apa la .(okay ! aku tipu )

sampai sekarang pon aku tak tahu rezza bekerja sebagai apa . ada sesiapa yang tahu ? tapi secara logiknya , tidak peliklah kalau aku tak tahu . kalau aku tahu pon nak buad apa , rezza tidak akan sesekali berkongsi gajinya dengan aku pon kan . membazir katanya , tapi aku bukan nak pergi main tikamtikam pon dengan duit tu . kesimpulannya , rezza memang kedekut . 

siapa ada idea berkenaan pekerjaan rezza ? adakah pengawal keselamatan sepenuh masa ? atau cleaner di sebuah sekolah di daerah yang sama dengan tempat tinggalnya ? ataupun peng-usha amoi counter cybercafe yang paling berkaliber dengan berbangga dengan ke-terer-an nya bermain dota ? mungkin juga tukang jagakan air budakbudak perempuan bawah 15 tahun yang sedang berlatih bermain bola jaring di padang sekolah SMK Banting dengan imbalan menjadi kekasih gelap sepenuh masa ?
haa , tu yang kita tak tahu .



p/s : boleh melawat penulis di nainaal-din.blogspot.com
okay ! aku memang tak pandai link kan . so , diam !