BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday

perihal pekerjaan

selamat siang .
aku tipu je sebenarnya . bukan siang sangat kot .

hari ni kita cerita pasal aktiviti rezza selepas SPM . setahu aku lah , lepas je habis paper terakhir semasa SPM , rezza tidak pernah menjejakkan kakinya ke manamana pusat pengajian untuk menuntut ilmu , sebabnya , jangan tanya aku .

sudah berkalikali juga aku bertanyakan perihal pekerjaannya selepas tamat sekolah beberapa bulan lalu , jawapan yang sering aku terima , "jual perempuan" . aku percaya . mana boleh tak percaya , tak baik .
tapi hari tu dia kata dia sudah berhenti beraktiviti seperti itu , aku fikir mungkin sudah tiada lagi wanita cantik di selangor yang boleh dijual oleh rezza . okay ! maafmaaf . sekali lagi aku tanya rezza "kenapa ?" , rezza jawab , "sebab kau cantik" , aku menafikan , tapi rezza bersungguhsungguh membuktikan . aku tak boleh nak buad apa la .(okay ! aku tipu )

sampai sekarang pon aku tak tahu rezza bekerja sebagai apa . ada sesiapa yang tahu ? tapi secara logiknya , tidak peliklah kalau aku tak tahu . kalau aku tahu pon nak buad apa , rezza tidak akan sesekali berkongsi gajinya dengan aku pon kan . membazir katanya , tapi aku bukan nak pergi main tikamtikam pon dengan duit tu . kesimpulannya , rezza memang kedekut . 

siapa ada idea berkenaan pekerjaan rezza ? adakah pengawal keselamatan sepenuh masa ? atau cleaner di sebuah sekolah di daerah yang sama dengan tempat tinggalnya ? ataupun peng-usha amoi counter cybercafe yang paling berkaliber dengan berbangga dengan ke-terer-an nya bermain dota ? mungkin juga tukang jagakan air budakbudak perempuan bawah 15 tahun yang sedang berlatih bermain bola jaring di padang sekolah SMK Banting dengan imbalan menjadi kekasih gelap sepenuh masa ?
haa , tu yang kita tak tahu .



p/s : boleh melawat penulis di nainaal-din.blogspot.com
okay ! aku memang tak pandai link kan . so , diam !

0 orang menjerit: