BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday

persoalan dan tanda tanya

selamat siang . .

sedar tak sedar , belog ni sudah menjadi anak jagaan aku hampir 2 bulan , tapi tak pasti . aku tak main catit-catit tarikh kat diary . membazir rasanya .

kenapa ya aku menjadi ibu dan bapa angkat kapada objek mati ini ? ibu dan bapa kandungnya sungguh tidak bertanggungjawab . aku membantu dengan alasan untuk membantu . aku bukan prihatin , anak seperti ini tidak perlu diberi perhatian sekiranya tidak mahu memberi lagi . aku membantu sekadar memenuhi hobi mengetuk-ngetuk papan kekunci di hadapan mata sahaja . aku tiada alasan lain . aku hanya seronok menekan-nekan papan kekunci ini dengan ayat-ayat santai yang mungkin menjadi bacaan orang-orang , walaupun tidak ramai . ada yang membaca , terasa sedikit berhati senang . tidak senang untutk menjadi penulis . bukan senang untuk menjual buku kecuali buku teks , buku antologi serta novel Kementerian Pelajaran .

menjadikan hobi sebagai sumber pencarian wang bukan diri aku . aku mudah bosan dan aku mahu segala yang aku lakukan mendatangkn hasil yang lumayan , aku tidak sabar . menaip di sini dan di anak saya , ada hati aku bekerja , tiada hati aku tutup dan campakkan saja . tidak mendatangkan kerugian mahupun keuntungan . tidak memberatkan kepala mahupun bahu yang memikul . ini tempat aku bercerita , berkata-kata tanpa memikirkan hati orang yang dicerita . menyampah ? kisah pulak aku . readers aku tidak seberapa tetapi aku tetap menaip . yang aku suka ialah menaip bukan mengharap para readers menyukai taipan aku . cuma , sejuta penghargaan dan terima kasih dianugerahkan kepada yang sudi menelaah blog nukilan aku .

konklusi , aku manaip di sini hanya atas alasan mencari suka-suka .

okay bye .

0 orang menjerit: